Wednesday, 18 July 2012

A journey down memory lane... Falling in Love...

:) Ish malu la pulak...

Tapi since ni minggu anniversary, nak share sikit dengan my lovely readers..

Kisah cintan cintun cintin kami...


Secara ringkasnya..

Kami start berkawan rapat July 2003...

Nak dijadikan cerita September 2003 saya fly ke Dublin, Ireland..

Sampailah balik for good February 2006..

Kiranya lebih kurang 2 tahun 6 bulan kami PJJ (Perhubungan Jarak Jauh)..


Ramai yang kata tak boleh tahan bila PJJ ni?

Memang memerlukan pengorbanan... hehehe.. dari segi duit & masa..

Hari-hari memang akan gayut sejam dua jam.. Orang yang jual kat IDD telefon tu pun dah naik risau kenapa saya selalu sangat beli kat telefon dari dia.. hahaha.. Memang duit habis kat bil telepon...

Selain telepon, kami SKYPE, chat guna YM, email dll... ni yang free punya laa..


Hairil ni sweet gak la.. (kalau dia baca ni mesti dia senyum sampai telinga)

Dia kadang-kadang tu buat benda yang saya tak sangka dia akan buat..

Ada sekali tu office Papa ada buat Family Day kat AFamosa Melaka.. Since Hairil ni orang Melaka, saya ajak-ajak ayam la kat dia suruh datang kat Banglo yang kitorang duduk satu family tu & jumpa dengan parents saya... (waktu tu baru tak sampai sebulan couple ok..) Saya bagi je la direction belok kiri belok kanan bla bla bla.. 

Skali tak sampai 30 minit lepas tu, dia dah terpacak depan banglo tu sambil senyum-senyum kambing.. Nasib baik time tu Papa dah keluar main golf ngan kawan-kawan dia.. Nervous I you alls... Masa tu Allahyarhamah Mama jemput dia masuk.. dia borak-borak ngan Allahyarhamah... hehehe... Dalam hati masa tu "Berani gak mamat ni ek datang jumpa Mak aku.. adik2 sume.. Maknanya dia serius lah dengan relationship ni".. Alhamdulillah.. tu salah satu sebab kenapa saya sayang kat dia.. :)

Masa first time raya kat Dublin dulu.. dapat package surprise dari Hairil... kotak besar gedabak.. dalam kotak tu ada Maggi, ketupat, serunding, kuih raya sket, bantal pooh besar & macam-macam lagi.. :) dia pegi songlap mak dia punye stock maggi kat kedai.. hahaha... sabar je la.. but very sweet kan.. :) :)


February 2006 saya balik dari Dublin sebab Allahyarhamah Mama masa tu didiagnose kena recurring breast cancer.. Alhamdulillah, lepak dalam sebulan pastu early April 2006 dah kerja kat Ersnt & Young as Audit Associate...

Since dah keje, Papa & Allahyarhamah Mama bagi green light untuk bertunang dulu... Jeng jeng jeng... So, bulan 6 2006, rombongan merisik dari Melaka sampai... 

9 September 2006 lak kitorang bertunang... Date bersempena dengan tarikh lahir Allahyarhamah Mama and mine on 11 September 2006..



So, after bertunang, terus buat persiapan untuk wedding... Rancangnya nak bertunang setahun.. tapi 10 bulan je kitorang bertunang..

Tepat jam 8.38pm, hari Khamis, 19 July 2007 di Bilik Perdana 1 & 2, Dewan Perdana FELDA kami sah menjadi suami dan isteri... Yippie!!






 21 July 2007 (Sabtu), reception belah pengantin perempuan kat Dewan Seroja, Kelab Golf Perkhidmatan Awam..

 


 

Then 22 July 2007 (Ahad), reception belah pengantin lelaki kat Kampung Pengkalan, Alor Gajah, Melaka.


24 July 2007 kami dah berlepas ke Pulau Langkawi untuk honeymoon...

So, itu je lah kisahnya dari zaman bercinta ke hari perkahwinan..

Kisah zaman berkahwin nanti-nantilah saya cerita... hehehe...

No comments:

Post a Comment