Friday, 13 July 2012

Jalan-jalan FLORIA 2012

Hari Sabtu lepas, 7 Julai 2012 kitorang beberapa family pergi ke Floria di Putrajaya..

Kitorang sampai sana lebih kurang 7pm.

Punyalah susah nak mencari parking.. Habis kitorang parking je atas sidewalk.. Heheh..

Ingatkan dah malam-malam tak delah ramai sangat orang... Tapi mak aiii penuh dengan manusia kat situ...

Orang lagi banyak daripada bunga.. hahaha..

Masa tu dah nak last day kan Floria tu.. so bunga-bunga yang dorang letak-letak jadi hiasan tu macam da nak mati dan hitam-hitam.. Tapi still ada jugak yang cantik-cantik...

All in all, ok je lah... malam tu sebenarnya ada pertunjukan bunga api & boat berhias.. Tapi disebabkan kitorang bawak budak-budak macam tak selesa sangat nak tunggu sampai kul 10pm.. So, tak dapat lah kitorang tengok the main show...

Ok.. bawah ni ada la gambar sikit2... hasil tangkapan sepupu-sepupu bujang saya... hehehe..

Thanks Fahim & Faiz sebab rajin menangkap gambar...

Enjoy the pics..


Antara ahli rombongan yang ada...

Iman making full use of Baby Fariz's stroller... malas betul anak Mommy ni nak jalan...

Pakcik Faizal with super cute Baby Fariz..

Antara bunga-bunga yang ada di Floria.. ni je pun yang cantik di kamera...

Antara fountain yang menarik di Floria...

My cousins berposing atas rumah kayu yang ada garden cantik...

Dah rasa macam nak raya pulak dengan pelita bagai.. menarik..

Jangan tak caya.. Itik & angsa pun ada kat Floria ni...

Lagi gambar cousins berposing..

Family picture.. walaupun diri sendiri je yang tengok camera...

Dan kami pun pulang bersama-sama... love this picture of us...

Hmm itu aje lah kisah di Floria..

Nanti kalau ada pegi mana-mana lagi saya cerita ok...

No comments:

Post a Comment