Tuesday, 24 July 2012

Matlamat Hidup...

Semua orang mesti ada matlamat hidup atau impian..

Termasuk diri saya sendiri...

Harapan saya supaya diri ini dapat menjadi yang terbaik untuk ibubapa, suami dan anak-anak..

Semoga segala usaha, pengorbanan dan kesusahan yang dilalui sekarang akan diberkati dan dilimpahi Allah dengan masa depan yang cerah.. dunia dan akhirat.. InsyaAllah...

 Part of my wish list:

Menunaikan Haji & Umrah bersama-sama keluarga tercinta... Dulu Allahyarhamah Mama ada sebut nak pergi lagi ke Makkah satu keluarga.. Tapi impian Allahyarhamah tak kesampaian... Allah lebih sayangkan Allahyarhamah...


Membantu mereka yang memerlukan.. Sesungguhnya tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima...


Nak beri yang terbaik untuk anak-anak.. Merekalah nyawa saya.. Tentunya pendidikan dan segala yang terbaik buat mereka..


 
Nak maximise simpanan keluarga.. termasuk simpanan untuk anak-anak..


 
Tak kesah lah dari segi duit atau pun simpanan lain seperti emas dan sebagainya...
  
 
Memiliki rumah yang selesa untuk keluarga.. Dengan harapan anak-anak akan tetap bersama dengan kita walaupun dah berkeluarga..



My dream ride...


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Amin.. Ya Rabbal 'Alamin..

No comments:

Post a Comment