Monday, 23 July 2012

Resepi: Popiah Ketam

Hehehe..

Harini nak share dengan semua satu resipi..

Simple je.. 

Popiah Ketam Goreng..

Bahan-bahan:

Minyak masak 2 sudu
Bawang merah 1 biji - dihiris
Bawang putih 3 biji - dihiris
Sengkuang 1/2 biji - disagat atau dihiris
Carrot 2 batang - disagat atau dihiris
Garam & Black Pepper secukup rasa
Filamen ketam
Kulit popiah

Gam untuk lekatkan: 3 sudu tepung gandum bancuh dengan sedikit air


Cara-cara:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dah dihiris.
2. Kemudian masukkan sengkuang dan carrot dan gaul sehingga sebati.
3. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.


4. Kulit popia dilerai dan diletakkan di dalam pinggan.


5. Letakkan isi ketam, lobak merah & sengkuang diatas kulit popiah.


6. Lipatkan seperti membuat kuih gulung. Gamkan dengan bancuhan air tepung gandum.


7. Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan popiah dengan api yang sederhana.
8. Balikkan popiah supaya masak rata.
9. Apabila nampak kuning keemasan, angkat dan tuskan minyak.
10. Hidangkan dengan sos cili.


There you have it..

Simple but tasty.. Cubalah yaaa..

Sorry takde gambar yang dah goreng.. Tak sempat nak tangkap..

Sekian, terima kasih..

No comments:

Post a Comment