Friday, 3 August 2012

Adakah anda memerlukan Premium Beautiful Corset?

Mengapa anda memerlukan Premium Beautiful Corset?

Saya tahu semua orang ingin kelihatan hebat.. Betul tak? 

Tapi ada sesetengah orang yang tak sanggup untuk invest RM2,400 untuk satu set Premium Beautiful Corset..

Kenapa?

Di bawah ni saya senaraikan alasan atau sebab-sebab dari pelbagai orang yang selalu saya dengar dan saya akan terangkan juga kenapa anda masih memerlukan Premium Beautiful Corset ni..

1)   TERLALU MAHAL
Macam yang saya kata sebelum ni.. Mencegah adalah lebih baik dari merawat.. Jika Premium Beautiful Corset ni dapat mencegah kita kaum perempuan ni dari penyakit Cancer, InsyaAllah kita dapat jimat beratus-ratus ribu ringgit duit perbelanjaan hospital. Jangan ingat rawatan cancer murah ya kawan-kawan.. Banyak belanja yang diperlukan untuk treatment Cancer ni contohnya pembedahan, chemotherapy, radiotherapy, fisiotherapy dll..


2)   TAK MAMPU
Selain daripada bayar tunai, anda boleh bayar melalui bayaran ansuran atau EASY RHB (Sila rujuk SINI untuk entry Ansuran VS Easy RHB). Kalau setiap bulan kita boleh berbelanja untuk barang-barang mewah macam handbag, kasut atau gadget-gadget seperti handphone, tablet dll yang mahal-mahal, apa salahnya kalau kita belanjakan sikit duit kita untuk membeli Premium Beautiful Corset ni yang InsyaAllah boleh membantu kita dari segi kesihatan dan juga kecantikan. Lagipun, dengan Premium Beautiful Corset ni, kita dah tak perlu nak shopping banyak-banyak untuk bra-bra dan undies biasa.


3)      SUAMI TAK BAGI
Cakap dan pujuk suami kesayangan anda baik-baik.. Cakap kat dia, Premium Beautiful Corset ni bukan untuk kebaikan anda/isteri seorang sahaja.. J InsyaAllah dengan pemakaian secara konsisten, Premium Beautiful Corset dapat membantu untuk improve your marriage life & husband and wife intimacy.. J


4)      TUNGGU BUDGET
Kita sebenarnya boleh plan budget bulanan kitadan kita jugalah yang menentukan mana satu yang  lebih penting dan mana satu yang kurang penting.. Mana satu yang penting? Baju cantik? Handbag cantik? Kereta cantik? Ataupun Badan Cantik & Kesihatan Cantik? Apa guna semua harta-harta atau barang-barang tu kalau kita sakit? Tepuk dada tanya akal..

 
5)   SAYA BELUM KAHWIN/BERANAK LAGI     
Dah tu nak tunggu gemuk dulu macam saya ni baru nak pakai Premium Beautiful Corset ke? Orang-orang kurus pun harus pakai Premium Beautiful Corset ni untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik.. huhuhu.. From flat chest and flat bum to a curvacious body!.. siapa tak nak kan? Sebelum kahwin atau mengandung lah kita nak dapatkan badan yang menawan gitu.. Barulah bakal suami/suami berlebih-lebih sayang.. Selain tu, kepada sesiapa yang plan nak dapat anak tu, insyaAllah Premium Beautiful Corset ni boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan anda.. Sila click link ni untuk maklumat lanjut..


6)   SAYA BOLEH DIET ATAU EXERCISE SAHAJA UNTUK KURUS
Dengan Premium Beautiful Corset, anda boleh membakar lebih kalori sebab ia membantu untuk meningkatkan kadar metabolism badan. Pengguna Premium Beautiful Corset boleh mendapatkan bentuk badan yang diingini tanpa diet atau exercise.. Anda cuma perlu mendisiplinkan diri untuk memakai secara konsisten selama minimum 8 jam sehari dan meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.. InsyaAllah berat badan anda akan turun.. Alhamdulillah.. saya sendiri telah turun 5kg dalam masa 6 minggu.. Click sini kalau tak percaya.. tapi kalau anda exercise dan diet, insyaAllah berat anda akan turut lagi cepat bila pakai Premium Beautiful Corset ni..

7)  SAYA OK JE DENGAN BADAN SEKARANG.. SUAMI PUN TAK KESAH.. 
Hehe ye ke tak kesah? Ke cakap depan isteri je tak kesah sebab nak menjaga hati isteri? Suami mana yang tak nak isteri cantik, dari segi batiniah dan juga lahiriah?? Kita pun kalau ada suami boroi mesti kadang-kadang tegur jugak kan suami kita.. Apatah lagi orang lelaki ni.. Ni bukan masalah nak cantik je.. masalah kesihatan jugak.. Tapi percayalah, bila anda dapat semula bentuk badan anda semasa zaman anak dara dulu, mesti suami anda suka..


8)  MALAS & RIMAS NAK PAKAI
Haaa.. ni tak dapek la den nak nolong yoo.. Penyakit MALAS ni la yang paling susah nak diubati.. Kita ni untuk capai matlamat mesti usaha untuk kejar matlamat kita.. tapi kalau dah semua pun MALAS, apa pun tak akan dapat dicapai.. Nak seribu daya.. Taknak seribu dalih!

 

Itulah dia antara alasan-alasan yang selalu saya dengar.. Saya ni cuma nak menolong tapi anda yang mesti membuat keputusan sendiri.. Maaf kalau ada yang terasa dengan entry kali ni.. tapi sila baca dengan minda yang terbuka.. takde niat nak menyinggung sesiapa.. PIKIR-PIKIR lah ya..


YOURS TRULY,
Irda Adillasafwati Idris
019 280 2631

No comments:

Post a Comment