Wednesday, 29 August 2012

Perniagaan Multi Level Marketing VS Sistem Piramid

Assalamualaikum semua..

Saya nak share satu penulisan yang telah dikongsi oleh seorang rakan. Semoga sedikit sebanyak dapat membuka mata kita tentang perniagaan Premium Beautiful ini yang sememangnya tidak mengamalkan Sistem Piramid.

Happy reading...

Perniagaan Multi Level Marketing VS Sistem Piramid... Sekadar Pandangan oleh Selamat Jamil


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menghuraikan sedikit sebanyak perkara mengenai perniagaan yang berbentuk piramid di mana kebanyakan sistem piramid ini di kaitkan dengan Perniagaan Multi Level Matketing atau singkatannya MLM. Sebelum saya mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini, ingin saya nyatakan semua tulisan saya di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi saya melalui pembacaan dan penelitian saya terhadap perniagaan jenis berbilang tingkat kerana saya juga pernah terdedah dengan perniagaan jenis ini sehingga ke hari ini.

Sistem piramid biasanya di kaitkan dengan perniagaan MLM di mana ia di anggap negatif apabila di katakan orang di atas (Upline) mengambil kesempatan terhadap orang yang di bawah (Downline). Ini kerana orang di atas tidak membuat apa-apa pekerjaan tetapi hanya duduk goyang kaki dan mendapat keuntungan atas kesusahan dan usaha orang di bawah. Perlu di ingat penafsiran seperti ini hanya terpakai untuk perniagan MLM yang tidak mengamalkan etika perniagaan yang betul dalam mengaut keuntungan dan memberikan persepsi yang buruk kepada perniagaan MLM yang mengikut undang-undang dan beretika. Sebagai pengguna, kita seharusnya tidak terburu-buru membuat keputusan atau menilai sebelum membuat kajian terhadap perniagaan MLM yang ada pada hari ini.

MLM adalah perniagaan jualan produk secara langsung kepada pelanggan melalui pengedar-pengedar yang di lantik untuk mendapatkan jualan tetapi pada masa yang sama memberikan peluang kepada pengedar menjana pendapatan melalui penjualan produk dan juga melalui rangkaian atau networking. Permasalahan dan kekeliruan timbul apabila ianya berkait dengan networking kerana ianya seolah-oleh mengambil kesempatan atas usaha orang lain di dalam rangkaian tersebut. Perlu di ingat, MLM adalah jenis perniagaan yang mengutamakan rangkaian kerana dengan rangkaian atau kumpulan yang kuat, produk yang di pasarkan akan lebih cepat untuk berkembang dan lebih cepat sampai kepada pelanggan.

Seperti yang saya katakan tadi, MLM memberikan peluang kepada pengedar untuk menjana pendapatan melalui penjualan produk kerana kebiasaannya, pengedar akan mendapat keuntungan di antara 20-30% daripada penjualan produk. Bagi mereka yang tidak mempunyai rangkaian, penjualan produk 100% tidak akan memaksimumkan pendapatan mereka dan inilah gunanya networking di mana, pendapatan dapat di tingkatkan dengan adanya networking. Semakin besar networking semakin banyak produk yang terjual dan semakin tinggi pendapatan yang diterima. Saya tidak akan memfokuskan bagaimana aliran MLM ini terhasil kerana ianya tidak sesuai di terangkan di dalam artikel yang lebih kepada menerangkan apa itu perniagaan MLM dan sistem piramid itu sendiri.

Jadi, konsep orang atas sahaja yang akan mendapat keuntungan ‘buta-buta’ adalah tidak benar kerana komisyen over-riding akan terhenti pada satu tahap yang munasabah yang di tetapkan oleh syarikat MLM tersebut. Jika setiap pengedar yang bergelar downline tadi kekal menjalankan perniagaan MLM ini maka pada satu tahap juga dia akan menjadi upline. Seterusnya usahanya mungkin akan sedikit berkurang kerana sebagai upline dia akan memastikan kumpulannya mendapat jualan produk yang tinggi dan memotivasikan setiap ahli di dalam rangkaiannya dan begitulah seterusnya. Di dalam perniagaan MLM, penggunaan produk yang konsisten oleh setiap ahli dan memperkenalkan produk kepada orang lain adalah perkara yang ditekankan di dalam perniagaan MLM ini.

Bagi sistem piramid pula, ianya agak sukar untuk di bezakan kerana mereka yang menggunakan sistem piramid adalah perniagaan MLM yang menfokuskan kepada perekrutan ahli daripada memfokuskan kepada jualan produk itu sendiri. Sistem piramid seperti inilah yang sebenarnya merosakkan perniagaan MLM yang beretika dan mengikut undang-undang. Biasanya, syarikat MLM yang menjalankan sistem piramid boleh di kesan jika berlakunya unsur-unsur seperti berikut:
  • Yuran pendaftaran yang tidak munasabah
  • Harga barang yang di jual terlampau mahal daripada harga pasaran.
  • Ahli tidak perlu mengguna produk berkali-kali.
  • Memfokuskan kepada perekrutan ahli untuk mendapat keuntungan
Di harapkan dengan penerangan secara ringkas ini, kita mempunyai gambaran yang jelas bagaimana untuk membezakan antara perniagaan MLM yang beretika dan juga perniagaan MLM yang tidak beretika. Di dalam kalangan masyarakat hari ini yang lebih terdedah kepada maklumat-maklumat yang tidak tepat, penjelasan adalah perlu untuk memperbetulkan tanggapan masyarakat terhadap perniagaan MLM. Perniagaan MLM adalah perniagaan yang memberi peluang kepada individu untuk menambah taraf hidup ekonomi isi rumah dengan modal dan risiko yang rendah. Perniagaan MLM bukan perniagaan cepat kaya tetapi perniagaan MLM adalah salah satu perniagaan yang boleh menjadikan anda kaya. 

Sekian.



*Source here

1 comment:

  1. Saya pun dah mula serius dalam perniagaan network marketing dan mula menulis dengan lebih serius tentang network marketing :-)

    ReplyDelete