Thursday, 26 December 2013

Tips Menjadi Kaya (Bahagian 3)

Sambungan daripada Bahagian 2 untuk Tips Menjadi Kaya


Langkah 5: Mulakan perniagaan



9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Mereka dari golongan terkaya di Malaysia dan dunia merupakan ahli perniagaan.

Amat sukar dan mengambil masa yang lama untuk menjadi kaya sekiranya anda seorang pekerja- namun ianya masih tidak mustahil.

Cuba berjinak-jinak dengan perniagaan. Anda terikat dengan pekerjaan 9-5? Tidak mengapa, anda masih mempunyai masa 5-9! Jikalau anda tidak dapat memulakan perniagaan secara full time, mulakan perniagaan secara part time.

Terdapat berbagai-bagai peluang perniagaan di Malaysia. Namun perlu berhati-hati anda tidak terjerumus dengan perniagaan yang melibatkan penyelewengan serta skim-skim cepat kaya dan piramid yang tidak sah. Anda boleh memulakan pengalaman perniagaan anda dengan membuka gerai, franchais, menyertai perniagaan network, memulakan perniagaan dari rumah ataupun melalui perniagaan Internet!

Jangan lupa langkah 3 iaitu pelajari ilmu perniagaan berkaitan dengan bidang anda.



Langkah 6: Perihal kewangan



Dalami perihal kewangan. Untuk berjaya dari segi kewangan, anda perlu dilengkapi dengan ilmu mengenai wang. Ketahui bahawa kekayaan bukan bererti berapa banyak wang anda perolehi sebulan- tetapi, berapa banyak wang anda dapat simpan sebulan.

Seseorang yang berpendapatan RM10,000 tetapi berbelanja RM9,000 sebulan sudah tentu tidak sekaya seseorang yang bergaji RM3,000 tetapi berbelanja RM1,500 sebulan. Kekayaan bukanlah berapa banyak anda perolehi, tetapi berapa banyak anda boleh menyimpan.

Konsep penting dalam memahami perihal wang adalah konsep compound interest. Maksudnya, pelaburan wang anda yang menghasilkan faedah, kemudiannya keuntungan faedah serta wang pokok anda itu dilaburkan semula. Dengan menggunakan konsep compound interest, wang anda akan berganda dua kali dalam masa 7 tahun sekiranya faedah yang anda terima adalah 10%.



Menurut Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad, Poor Dad, selain dari memulakan perniagaan, cara mencapai kekayaan adalah melalui pelaburan.

Stay tune for the next and last part..


Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
0192802631
Irdaidris82@gmail.com

Wednesday, 25 December 2013

Tips Menjadi Kaya (Bahagian 2)

Assalamualaikum semua...

Sambungan dari entry lepas..


Tips Menjadi Kaya dari Saudara Irfan Khairi


Langkah 3: Hendak sejuta daya



Matlamat tanpa usaha adalah sia-sia. Matlamat tanpa usaha adalah umpama “Angan-angan Mat Jenin”.

Kekayaan dan kejayaan tidak akan jatuh ke riba kita begitu sahaja. Hendak peroleh wang berjuta? Maka, anda perlu letakkan sejuta usaha untuk merialisasikan impian anda. Tiada jalan pintas dalam mencapai kekayaan - usaha adalah tangga kejayaan.

Dalam memotivasikan diri anda untuk berusaha mencapai matlamat anda, anda perlu memberi komitmen setiap hari dalam mencapai impian anda. Setiap hari, lakukan sesuatu untuk dekatkan anda kepada matlamat anda. Jangan tinggalkan sehari tanpa melakukan sesuatu walaupun usaha tersebut adalah sedikit sahaja.

Perkataan kaizen yang berasal dari Jepun bermaksud improvement sedikit demi sedikit. Dengan sikap kaizen inilah Jepun berjaya menjadi negara maju yang disegani seluruh dunia.


Langkah 4: Pengetahuan



Ilmu pengetahuan merupakan faktor penting dalam membina kekayaan. Tiada jalan pintas dalam memperolehi kekayaan. Dengan pengetahuan yang lengkap dalam sesuatu industri, ini akan memudahkan anda mencapai kekayaan dan kejayaan.

Cara mudah untuk mendalami ilmu industri yang anda kecimpung adalah dengan cara membaca. Tanam sifat rajin membaca. Terdapat berbagai-bagai bahan bacaan di pasaran merangkumi topik-topik tertentu. Dengan mendalami pengetahuan dalam industri anda, anda akan menjadi pakar dalam bidang anda sendiri.

Satu perkara penting dalam mencari ilmu adalah anda tidak perlu reinvent the wheel. Kejayaan telah dicapai dalam semua industri. Apa yang anda perlu lakukan adalah pelajari dari mereka yang telah berjaya. Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya, anda pasti tidak akan tersasar dari mencapai kejayaan juga.



Inilah yang kami amalkan di GLAM. Setiap minggu, CDM-CDM hebat di bawah CDM Hanis Haizi akan berkongsi dengan semua tips-tips dan cara-cara untuk berjaya dalam bisnes ni.. Semua yang berkaitan dengan bisnes akan diajar dari sekecil-kecil perkara seperti apa status yang perlu ditulis dalam Facebook hingga ke sebesar-besar perkara seperti cara-cara untuk meningkatkan rating blog dalam Google Search..




Selain dari itu, kita juga bebas untuk berbincang dengan mentor-mentor tentang apa juga perkara seperti strategi bisnes termasuk masalah yang di hadapi dan cara penyelesaian. Tidak ada jurang atau halangan antara kita dan mentor. Di sinilah cantiknya bisnes Hai-O dia bawah kumpulan GLAM.

Nak tahu apa lagi tips untuk menjadi kaya dan berjaya? Tunggu entry seterusnya.. Terima kasih..


Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
0192802631

Irdaidris82@gmail.com

Monday, 23 December 2013

Tips Menjadi Kaya (Bahagian 1)

Assalamualaikum semua.. 

Hari ni saya nak share tips untuk menjadi kaya.. Bukan tips dari saya.. Tapi tips dari Jutawan Internet Malaysia iaitu Irfan Khairi..



 
So, kena la ikut tips-tips ni sebab orang yang dah berjaya sendiri yang bagi kan..

Ada 8 langkah yang anda perlu lakukan.. 


Langkah 1: Mulanya di fikiran



Kekayaan bermula di fikiran. Jikalau anda berfikiran negatif mengenai kekayaan, maka, ia akan menjadi penghalang mental anda. Lepasi penghalang mental tersebut dengan berfikiran positif tentang kekayaan. 

"Duit banyak bukannya boleh bawak ke kubur" merupakan salah satu fikiran negatif yang sering diluahkan. Apa kata anda tukar mindset tersebut kepada, "Duit banyak, nanti lebih banyak amal jariah boleh lakukan, walaupun kita sudah ke kubur!"

Sekiranya anda inginkan kekayaan, langkah pertama anda adalah untuk membuang segala fikiran negatif tentang kekayaan. Tembusi benteng pertama yang menjadi penghalang kepada kekayaan- iaitu fikiran anda sendiri. Fikirkan boleh!

 
Langkah 2: Tetapkan matlamat



Dengan keinginan, anda perlu menetapkan matlamat. Keinginan tanpa matlamat merupakan perbuatan yang sia-sia oleh kerana kita tidak tahu arah hala tuju kita. 

Bayangkan anda menaiki teksi, tetapi tidak mempunyai matlamat destinasi. Silap hari bulan, anda di tendang keluar dari teksi. 

Dengan mempunyai matlamat, dalam konteks ini, destinasi, maka anda akan dapat menetapkan satu jalan untuk mencapai matlamat anda. 

Matlamat bagaikan suatu peta untuk anda sampai ke suatu destinasi. Tanpa peta yang lengkap, anda pasti akan tersasar dari destinasi anda. 

Tetapkan matlamat yang tinggi untuk diri anda, namun, matlamat tersebut perlu logik diterima fikiran. Sebagai contoh, memperolehi RM1 juta dalam masa 2 tahun bunyinya tidak logik- amat jarang sekali diperolehi oleh seseorang (namun tidak mustahil). Namun, memperolehi RM1juta dalam masa 10 tahun adalah suatu yang logik diterima fikiran dan sering dilakukan oleh jutawan-jutawan di Malaysia. 

 
Bagaimanakah caranya? Ikuti langkah-langkah seterusnya dalam entry berikutnya… Tunggu...


Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
0192802631
irdaidris82@gmail.com

Friday, 22 November 2013

5 Sebab Kenapa Orang Tak Kaya & Berjaya (Bahagian 5 / Terakhir)

Assalamualaikum semua..


Ok.. last post tentang 5 Sebab Orang Tidak Kaya dan Berjaya..


Sebab yang terakhir ialah:

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=
Sebab #5 : Tidak Cukup Sabar dan Tiada Keazaman
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=

Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.


Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali..


Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia, anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula, tetapi mesti tabah mengharunginya semua.


Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan seseorang.


Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5% mereka yang tidak membuat 5 perkara tersebut, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.


Ianya cukup mudah.. anda perlu membuat keputusan untuk tidak mengikut sebab-sebab orang gagal berjaya dan kaya untuk melihat perubahan pada hidup anda nanti.. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang lain, anda tetap akan seperti sekarang, sama seperti dahulu.


 Inilah masanya untuk anda membuat keputusan..
Jom ubah hidup kita untuk menjadi lebih baik..
Untuk memberi yang terbaik untuk ibu bapa, anak-anak dan keluarga kita.. 


Jika anda sedang mencari peluang untuk berubah, kami di GLAM ada jawapannya.


Hubungi saya untuk info lanjut..


Terima kasih.


Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
019 280 2631
irdaidris82@gmail.com

Wednesday, 20 November 2013

5 Sebab Kenapa Orang Tak Kaya & Berjaya (Bahagian 4)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Ok.. Bahagian ke 4 untuk Sebab-sebab Kenapa Orang Tak Kaya dan Berjaya...


~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=
Sebab #4 : Tidak Faham atau Tidak Gunakan Sistem Menjana Duit
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=


Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu bekerja. Dengan perkataan lain, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik.


Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya.


Selepas anda mencipta atau menggunakan satu sistem buat duit, tiada had berapa banyak duit yang anda boleh perolehi.


Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan dan kejayaan di luar dugaan anda. 



Ok.. stay tuned untuk Sebab yang terakhir dalam pos yang seterusnya..


Terima kasih..


Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
019 280 2631
irdaidris82@gmail.com

Monday, 18 November 2013

5 Sebab Kenapa Orang Tak Kaya & Berjaya (Bahagian 3)

Assalamualaikum & salam sejahtera readers sekalian...

Bersambung dari pos yang lepas.. ie Sebab #2 Kenapa Orang Tak Kaya & Berjaya.. 

So, bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan...

Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya membawa kita kepada...

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~
Sebab #3 : Fokus kepada Pendapatan Aktif daripada Pendapatan Pasif
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~

Salah seorang jutawan yang dikenali oleh Tuan Rahman Basri pernah memberi nasihat kepadanya dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya dan berjaya."

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan anda mendapat bayaran untuk masa sejam yang anda bekerja dan itu sahaja.

Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan dan kejayaan.

Soalan berikutnya mungkin apakah contoh-contoh pekerjaan atau bidang yang boleh menjana pendapatan pasif? Antaranya ialah:

1. Aliran duit masuk dariapada hartanah seperti duit sewa rumah
2. Bonus untuk pelaburan yang anda laburkan.
3. Menjadi penulis buku, lirik atau penggubah lagu dengan mendapat royalti dengan setiap jualan.
4. Menyertai perniagaan network marketing dan membina rangkaian perniagaan anda bersama rakan kongsi


Ok.. tunggu pos seterusnya untuk sebab ke 4 ya.. 

Tungguuuuu..


Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
019 280 2631
irdaidris82@gmail.com

Friday, 15 November 2013

5 Sebab Kenapa Orang Tak Kaya & Berjaya (Bahagian 2)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..


Seperti yang saya janjikan dalam pos yang lepas, saya akan berkongsi dengan anda semua 5 sebab mengapa orang tak kaya & berjaya..


Jadi, mari kita tengok sebab yang ke 2..


~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~


Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti.


Perbezaannya saya ringkaskan disini:

Aset adalah sesuatu yang masukkan duit ke poket anda.

Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.

Aset : Wang masuk
Liabiliti : Wang keluar


Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka.


Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. 

Rumah, kereta dan harta benda MAHUKAN WANG daripada anda. Ia tidak MEMBERIKAN WANG kepada anda.


Oleh itu, daripada definisi di atas, semuanya itu adalah liabiliti = HUTANG!


Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.


Hanya terdapat satu cara untuk anda BEBAS DARI SEGI KEWANGAN.. dan ianya membawa kita kepada SEBAB yang ke 3. 


Saya akan ceritakan tentang Sebab ke 3 dalam post yang seterusnya..


Jangan lupa teruskan membaca tau!


Terima kasih...


Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
019 280 2631
irdaidris82@gmail.com

Thursday, 14 November 2013

PROMOSI ISTIMEWA PREMIUM BEAUTIFUL CORSET - CUTI HUJUNG TAHUN!!

Assalamualaikum & hello kepada semua pembaca Blog saya..

Pengumuman Pengumuman!!

Kepada kakak-kakak dan adik-adik yang teringin nak pakai Premium Beautiful Corset, sekarang saya ada buat PROMOSI ISTIMEWA bersempena dengan cuti sekolah yang hujung tahun ni.. 




Yelah.. ramai yang akan naik pelamin kan masa cuti sekolah.. Jadi, jom jom jom rebut peluang untuk dapatkan harga istimewa untuk Premium Beautiful Corset..



Promosi ini cuma TERHAD KEPADA 20 0RANG PERTAMA tau kawan-kawan.. First Come First Serve ya..


So, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan PROMOSI ISTIMEWA ni!



Untuk pengetahuan semua, Premium Beautiful Corset adalah pakaian dalam wanita yang direka khusus untuk pelangsingan dan kesihatan.

Korset jenama norbor satu ini telah diiktiraf sebagai produk Superbrand yang diperbuat daripada bahan yang sangat berkualiti dan selesa dipakai sehingga dijamin kualitinya sepanjang hayat. 

Jadi kalau koyak ke, rosak ke, anda boleh hantar repair secara PERCUMA.. Untungkan?!!

Premium Beautiful Corset ada 3 helai dalam satu set:

1) Long Bra



  • Mengelakkan bengkak susu
  • Mengelakkan payudara berdarah
  • Menyokong payudara besar
  • Menggalakkan pertumbuhan payudara kecil
  • Merangsang pengeluaran susu ibu
  • Mengelakkan gastrik


2) Waist Nipper



  • Menyokong tulang belakang
  • Memecahkan batu karang kecil
  • Mengelakkan dan mengempiskan perut buncit
  • Menghilangkan strecthmark
  • Membentuk pinggang
  • Boleh digunakan untuk membalut bayi baru lahir untuk mengelakkan demam kuning


3) Long Girdle



  • Menyokong rahim selepas melahirkan anak
  • Menstabilkan hormon
  • Mencantikkan punggung
  • Mengurangkan keputihan
  • Mengurangkan senggugut







Anda ada masalah seperti di atas?

Kalau ada, lagi lah kena dapatkan Premium Beautiful Corset ni..

Takkan nak tunggu Encik Suami complain atau tegur pasal Spare Tyre kat badan kita, baru nak terkial-kial mencari solution kan..

Tak perlu nak operation, tak perlu nak makan ubat bagai.. Bila pakai Premium Beautiful Corset ni, secara automatik kita akan makan dalam kadar yang bersesuaian, hence penurunan berat badan akan berlaku..

Tugas utama Premium Beautiful Corset ni adalah untuk mengalih lemak ke tempat yang sepatutnya.. InsyaAllah dengan penggunaan secara konsisten, badan kita akan kembali langsing..

Jadi, kepada kawan-kawan yang nak tahu lebih lanjut tentang Premium Beautiful Corset dan nak dapat HARGA PROMOSI ISTIMEWA ni, boleh SMS/Call/Whatsapp/Email saya ya.. Grab cepat-cepat PROMOTION ni tau!

Terima kasih!

Yours truly, 

Irda Adillasafwati Idris
019 280 2631
irdaidris82@gmail.com

Wednesday, 13 November 2013

5 Sebab Kenapa Orang Tak Kaya & Berjaya (Bahagian 1)



Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..


Minggu ini saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang tidak akan menjadi kaya dan berjaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka..


Tips ini saya perolehi daripada Tuan Rahman Basri, salah seorang jutawan internet di Malaysia..


Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya dan berjaya.

Konsepnya cukup mudah.. tapi itulah hakikatnya... 




Saya akan bahagi 5 sebab ini dalam 5 post yang berlainan. Jadi jangan lupa untuk baca setiap tips ya..



Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan berjaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!




~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan.

Nampakkah masalahnya disini?

Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk Irda menjana wang, kejayaan dan gayahidup yang anda mahukan.


Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya.

Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan.


Jadi kesimpulannya ialah...

Jangan menunggu untuk bertindak!
Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan!


Sekian...


Tunggu sebab ke 2 di post berikutnya..

Terima kasih...


Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
0192802631
irdaidris82@gmail.com

Friday, 4 October 2013

DULU TERLANTAR, SEKARANG BERLARI SAKAN!

Assalamualaikum semua...

Hari ni saya nak share dengan anda semua tentang satu keajaiban..

Pada 6 September yang lepas, hari Jumaat.. macam biasa saya ada Business Class di GLAM, Taman Tun Dr Ismail..

Tapi kali ini, kelas ini berbeza sikit dari kelas-kelas sebelum ini sebab pada malam tu kami bertuah kerana ada tetamu istimewa telah dijemput datang ke GLAM untuk berkongsi ilmu dengan kami.

Alhamdulillah, CDM Kelvin, seorang pakar tentang produk BIO VELOCITY SLEEPMATE telah mengajar kami dengan lebih mendalam tentang produk tersebut. 




Kepada kawan-kawan yang tak tahu apakah itu BIO VELOCITY SLEEPMATE (BVSM) boleh KLIK SINI ya untuk info lanjut.

Pada malam itu juga, CDM Kelvin telah berkongsi tentang testimoni pengguna-pengguna yang telah menggunakan BIO VELOCITY SLEEPMATE.

Dalam banyak-banyak testimoni, hati saya sangat tersentuh apabila CDM Kelvin bercerita tentang Adik Steven Yoong. 




Berusia 4 tahun, Adik Steven telah disahkan mengalami jangkitan Tibi di tulang belakang (area leher) sampai effect saraf. Adik Steven tak boleh nak angkat kepala dia pun sebab tulang kat area belakang leher tu tak boleh nak support kepala. So, dia terpaksa pakai head brace (pendakap kepala) ataupun alat sokongan yang perlu diskrukan pada kepala dia. Tapi  atas masalah teknikal, keadaan bertambah teruk dan doktor pun kind of give up & kata tiada treatment untuk merawat Adik Steven.

Ya Allah.. betapa tersiksanya Adik Steven yang baru berusia 4 tahun ni menanggung kesakitan.. 4 bulan dia terlantar di PPUM.. 

Bayangkan perasaan ibu bapa Adik Steven bila doktor cakap yang anak mereka akan terlantar dan lumpuh terbaring atas katil dan tiada rawatan yang boleh diberikan? 

Astargfirullahal'azim.. Saya pernah berada dalam keadaan tersebut 4 tahun lalu.. masih terngiang-ngiang lagi doktor yang merawat Allahyarhamah Mama saya yang sedang menjalani rawatan untuk kanser payu dara.. "Cikgu, saya rasa cikgu balik lah.. kita dah takde rawatan lagi nak bantu cikgu..".. Allahyarhamah jawab "Doktor dah give up dengan saya ke?".. 4 hari selepas itu, Allahyarhamah telah pergi meninggalkan kami sekeluarga...

Terus terbayang wajah anak-anak, Haiqal & Iman.. Air mata dah jatuh dalam kelas.. Nauzubillah.. Tak tergambar kalau anak-anak saya mengalami kesakitan yang ditanggung oleh Adik Steven.. Tak terdaya saya sebagai ibu andainya berada dalam keadaan ibu bapanya.. 

Alhamdulillah.. seorang rakan kepada ibu bapa Adik Steven telah memperkenalkan produk BIO VELOCITY SLEEPMATE ini.. Dalam masa 2 minggu berselimut dengan BVSM, saraf kaki Adik Steven telah bertindakbalas dan sudah boleh menendang.. 




Selepas sebulan menggunakan BIO VELOCITY SLEEPMATE, dia sudah boleh berjalan tanpa sokongan. Ajaib? Memang ajaib!! Sekarang, Adik Steven sudah pergi ke sekolah tadika dan nenek kepada Adik Steven cakap kepada CDM Kelvin, "Aiya.. itu budak aa.. manyak degil ooo.. Suka lari-lari sana sini".. :)

Subhanallah.. 




Gambar terbaru Adik Steven yang di ambil pada 29.9.2013 semasa Hari Bio Velocity di Wisma MCA. Adik Steven dan ibu bapanya telah dijemput untuk berkongsi dengan 3,000 orang penonton tentang pengalaman mereka menggunakan BIO VELOCITY SLEEPMATE.

Saya pasti ibu bapa Adik Steven tak pernah terbayang yang anak mereka akan selincah ini semasa dia terlantar dahulu... 

Syukur kepada Allah kerana sekarang satu Rawatan Alternatif, yang mana hanya perlu tidur/baring/peluk sahaja dengan BIO VELOCITY SLEEPMATE . Sangat mudah, ringan dan boleh digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. 

Antaranya ialah:



Ok.. setakat itu sajalah entry untuk kali ini.. Jam pun da 4.23am.. Saya nak beradu pula..

Nak share sikit gambar cinta-cinta hati saya yang tengah nyenyak tidur beralas dan berselimutkan  BIO VELOCITY SLEEPMATE..




Assalamualaikum...

Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
019 280 2631
irdaidris82@gmail.com

Monday, 16 September 2013

YAY!! NAK BERANGKAT KE KOREA DAH!!

Assalamualaikum semua..

Saya tengah bersiap-siap packing nak ke Korea ni.. Dah pukul 3 petang..

InsyaAllah jam 6 nak bertolak ke KLIA..

Alhamdulillah.. berjaya dapat tiket ke KOREA... Dapat bercuti sama-sama dengan kawan-kawan GLAMpreneurs.. setelah berhempas pulas untuk qualify ke Shanghai (ditukar ke Korea sebab Shanghai ada wabak) selama 4 bulan dari January hingga April 2013 aritu..

InsyaAllah saya update pasal trip ke Korea lepas balik nanti..

For the time being (dari malam ni hingga Jumaat 16 September), sesiapa yang nak order apa-apa produk atau nak tahu pasal business boleh still contact saya melalui Whatsapp di 019 280 2631 or boleh PM di Facebook.

Sesiapa yang nak COD barang-barang boleh call suami saya, Mohamad Hairil Mahat di 019 488 4328 jugak..

Alright semua.. nanti kita cerita panjang-panjang lagi..

Doakan saya selamat berangkat dan selamat pulang...

Terima kasih.


Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
019 280 2631

SEJARAH MUNGKIN BERULANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Saya bukan nak nyanyi lagu Newboyz hari ni.. walau pun lagu tu memang antara lagu yang po...