Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Alhamdulillah.. 

Masih berkesempatan untuk menyambut Maulidur Rasul 1434H pada tahun ini..



Marilah kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah dan berselawat ke atas Junjungan Besar Kita, Nabi Muhammad SAW..



Teringat lagu nasyid yang saya belajar masa darjah 1 dahulu di SRA Masjid Saidina Umar Al-Khattab. Ustazah nasyid kami bernama Ustazah Norehan.. Sampai sekarang masih berhubung lagi dengan beliau.. Anda ingat tak nasyid ini di mana seluruh sejarah baginda dari tarikh lahir hingga ke nama ayahanda dan bonda baginda disebutkan? Cara yang senang untuk menghafal kan..





Lagi satu nasyid yang memang mengingatkan saya kepada Rasulullah kita, Nabi Muhammad SAW ialah nasyid nyanyian Hijjaz bertajuk Rasulullah.. Teringat semasa zaman saya bersekolah di SMAKL dulu..




Semoga kita sebagai umat Islam dapat mengambil iktibar di atas pengorbanan rasul kita.. Amalkan sentiasa segala sunnah dan amalan baginda dalam kehidupan kita sehari-hari.. In shaa Allah, hidup kita akan lebih diberkati Allah..

Selamat Menyambut Maulidur Rasul tahun 1434H..


Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris


No comments:

Post a Comment