Assalamualaikum semua..
Macam mana puasa hari ke 6 ni?
InsyaAllah semua ok kan.. dah biasa hampir seminggu berpuasa ni..
Ok.. hari ni saya nak share lagi satu video dengan anda semua..
Share lagu nasyid pulak bersempena dengan bulan Ramadhan yang pernuh berkat ni..
Kalau tak salah lagu ni jadi lagu tema untuk Program Imam Muda di bawah Astro.
Cuba hayati lirik lagu ni betul-betul..
Boleh dijadikan motivasi jika kita sedang berusaha untuk memperoleh sesuatu..
Tak kisah lah apa yang kita tengah usahakan..
Adik-adik nak peperiksaan ke, kakak-kakak yang sedang berusaha untuk menguruskan badan ke atau insan-insan seperti saya yang sedang berusaha untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik tak kira dari segi duniawi atau ukhrawi..
InsyaAllah..
Jom tengok sama-sama!
Lagu Nasyid: HambaMu
Nyanyian: Mawi, Akhil Hayy & Imam Muda
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah
Amacam? Best kan?
Selamat Berpuasa semua..
Selamat Berbuka juga ya!
Irda Adillasafwati Idris
019 280 2631
irdaidris82@gmail.com
No comments:
Post a Comment