Monday, 16 September 2013

YAY!! NAK BERANGKAT KE KOREA DAH!!

Assalamualaikum semua..

Saya tengah bersiap-siap packing nak ke Korea ni.. Dah pukul 3 petang..

InsyaAllah jam 6 nak bertolak ke KLIA..

Alhamdulillah.. berjaya dapat tiket ke KOREA... Dapat bercuti sama-sama dengan kawan-kawan GLAMpreneurs.. setelah berhempas pulas untuk qualify ke Shanghai (ditukar ke Korea sebab Shanghai ada wabak) selama 4 bulan dari January hingga April 2013 aritu..

InsyaAllah saya update pasal trip ke Korea lepas balik nanti..

For the time being (dari malam ni hingga Jumaat 16 September), sesiapa yang nak order apa-apa produk atau nak tahu pasal business boleh still contact saya melalui Whatsapp di 019 280 2631 or boleh PM di Facebook.

Sesiapa yang nak COD barang-barang boleh call suami saya, Mohamad Hairil Mahat di 019 488 4328 jugak..

Alright semua.. nanti kita cerita panjang-panjang lagi..

Doakan saya selamat berangkat dan selamat pulang...

Terima kasih.


Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
019 280 2631

Monday, 9 September 2013

Missing my Mama so much.. I love you Mama..

It's 9 September..

It's my Allahyarhamah Mama, Hajah Awasilahati Kitajriah Baharum birthday..



If she is still with us, today she will be celebrating her 57th birthday.. 


I love you Mama.. Missing you so much..




Doa untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia..
Semoga boleh dijadikan amalan kita semua..

"Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidik kami sewaktu kecil. 

Ya Allah, sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.

Ya Allah, ampunilah mereka dengan keampunan  menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.

Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memanda kami. 

Ya Allah, berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.

Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.

Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.

Ya Allah berilah mereka bahagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.

Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosan dna kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka. 

Bagi ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkanlah lubang kubur mereka dari menjadi salah satu daripada lubang-lubang api neraka. 

Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka. 

Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.

Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan. 

Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.

Ya Allah, jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemulian-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan iaitu para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.

Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhamaad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin.. Amin"


Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
019 280 2631
irdaidris82@gmail.com

Friday, 6 September 2013

Rambling on a Friday morning..

Wah wah.. ramai betul yang telefon saya bila mereka baca entry ni.. Terutamanya masa bulan puasa & raya hari tu.. Sehari dapat dalam 20 call kot.. hebat kan? Ish ish ish.. bukan untuk tanya pasal business atau produk ya kawan-kawan.. tapi untuk tanya pasal Easy RHB Loan.. hehehe.. 

Sorry la ya.. saya ni bukan agent Easy RHB.. Jadi janganlah telefon saya untuk tau pasal loan.. sedih sangat bila orang-orang kita ni lah yang ramai tanya macam mana nak buat personal loan.. bukan nak memburukkan mereka.. sebab saya sendiri pun pernah juga berada dalam keadaan tersebut.. 

Tapi bila pikir-pikir balik, kenapa dalam 10 orang yang call tu, sorang je bangsa lain.. yang lain tu mesti MELAYU.. ekonomi masyarakat kita ni teruk sangat ke? Gaji sikit? Komitmen banyak? Kos sara hidup meningkat? Boros? apa sebab nya? Mari kita muhasabah diri kita sendiri.. 


Saya nak menyeru kepada semua.. Mari kita cuba tambah pendapatan kita.. 9/10 dari sumber rezeki adalah dari berniaga.. Mari kita buat.. Kalau kaum lain boleh buat, nape kita tak boleh? 

"haaa.. ni mesti nak suruh masuk bisnes dia la ni".. bukan.. buatlah bisnes apa pun.. sekecil mana pun asalkan kita nak ubah hidup kita kepada hidup yang lebih baik dan berkualiti.. Kesian kat anak-anak kita.. keluarga kita.. Katalah kita meninggal dunia, takkan kita nak tinggalkan hutang-hutang kita untuk anak-bini bayar ye tak? 

Maaf kalau ada yang terasa.. saya sekadar mengingatkan.. saya pun berhutang dan tahu macamana peritnya nak membayar hutang piutang.. lagi-lagi sejak tak bekerja makan gaji ni.. takde gaji tetap yang masuk bank setiap bulan untuk settlekan urusan bayar komitmen saya.. 


Apa pun.. tengok mesej atau pengajaran yang nak disampaikan ya.. 

Terima kasih kerana membaca..

Wassalam..

SEJARAH MUNGKIN BERULANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Saya bukan nak nyanyi lagu Newboyz hari ni.. walau pun lagu tu memang antara lagu yang po...