Friday, 6 September 2013

Rambling on a Friday morning..

Wah wah.. ramai betul yang telefon saya bila mereka baca entry ni.. Terutamanya masa bulan puasa & raya hari tu.. Sehari dapat dalam 20 call kot.. hebat kan? Ish ish ish.. bukan untuk tanya pasal business atau produk ya kawan-kawan.. tapi untuk tanya pasal Easy RHB Loan.. hehehe.. 

Sorry la ya.. saya ni bukan agent Easy RHB.. Jadi janganlah telefon saya untuk tau pasal loan.. sedih sangat bila orang-orang kita ni lah yang ramai tanya macam mana nak buat personal loan.. bukan nak memburukkan mereka.. sebab saya sendiri pun pernah juga berada dalam keadaan tersebut.. 

Tapi bila pikir-pikir balik, kenapa dalam 10 orang yang call tu, sorang je bangsa lain.. yang lain tu mesti MELAYU.. ekonomi masyarakat kita ni teruk sangat ke? Gaji sikit? Komitmen banyak? Kos sara hidup meningkat? Boros? apa sebab nya? Mari kita muhasabah diri kita sendiri.. 


Saya nak menyeru kepada semua.. Mari kita cuba tambah pendapatan kita.. 9/10 dari sumber rezeki adalah dari berniaga.. Mari kita buat.. Kalau kaum lain boleh buat, nape kita tak boleh? 

"haaa.. ni mesti nak suruh masuk bisnes dia la ni".. bukan.. buatlah bisnes apa pun.. sekecil mana pun asalkan kita nak ubah hidup kita kepada hidup yang lebih baik dan berkualiti.. Kesian kat anak-anak kita.. keluarga kita.. Katalah kita meninggal dunia, takkan kita nak tinggalkan hutang-hutang kita untuk anak-bini bayar ye tak? 

Maaf kalau ada yang terasa.. saya sekadar mengingatkan.. saya pun berhutang dan tahu macamana peritnya nak membayar hutang piutang.. lagi-lagi sejak tak bekerja makan gaji ni.. takde gaji tetap yang masuk bank setiap bulan untuk settlekan urusan bayar komitmen saya.. 


Apa pun.. tengok mesej atau pengajaran yang nak disampaikan ya.. 

Terima kasih kerana membaca..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment