Friday, 4 October 2013

DULU TERLANTAR, SEKARANG BERLARI SAKAN!

Assalamualaikum semua...

Hari ni saya nak share dengan anda semua tentang satu keajaiban..

Pada 6 September yang lepas, hari Jumaat.. macam biasa saya ada Business Class di GLAM, Taman Tun Dr Ismail..

Tapi kali ini, kelas ini berbeza sikit dari kelas-kelas sebelum ini sebab pada malam tu kami bertuah kerana ada tetamu istimewa telah dijemput datang ke GLAM untuk berkongsi ilmu dengan kami.

Alhamdulillah, CDM Kelvin, seorang pakar tentang produk BIO VELOCITY SLEEPMATE telah mengajar kami dengan lebih mendalam tentang produk tersebut. 




Kepada kawan-kawan yang tak tahu apakah itu BIO VELOCITY SLEEPMATE (BVSM) boleh KLIK SINI ya untuk info lanjut.

Pada malam itu juga, CDM Kelvin telah berkongsi tentang testimoni pengguna-pengguna yang telah menggunakan BIO VELOCITY SLEEPMATE.

Dalam banyak-banyak testimoni, hati saya sangat tersentuh apabila CDM Kelvin bercerita tentang Adik Steven Yoong. 




Berusia 4 tahun, Adik Steven telah disahkan mengalami jangkitan Tibi di tulang belakang (area leher) sampai effect saraf. Adik Steven tak boleh nak angkat kepala dia pun sebab tulang kat area belakang leher tu tak boleh nak support kepala. So, dia terpaksa pakai head brace (pendakap kepala) ataupun alat sokongan yang perlu diskrukan pada kepala dia. Tapi  atas masalah teknikal, keadaan bertambah teruk dan doktor pun kind of give up & kata tiada treatment untuk merawat Adik Steven.

Ya Allah.. betapa tersiksanya Adik Steven yang baru berusia 4 tahun ni menanggung kesakitan.. 4 bulan dia terlantar di PPUM.. 

Bayangkan perasaan ibu bapa Adik Steven bila doktor cakap yang anak mereka akan terlantar dan lumpuh terbaring atas katil dan tiada rawatan yang boleh diberikan? 

Astargfirullahal'azim.. Saya pernah berada dalam keadaan tersebut 4 tahun lalu.. masih terngiang-ngiang lagi doktor yang merawat Allahyarhamah Mama saya yang sedang menjalani rawatan untuk kanser payu dara.. "Cikgu, saya rasa cikgu balik lah.. kita dah takde rawatan lagi nak bantu cikgu..".. Allahyarhamah jawab "Doktor dah give up dengan saya ke?".. 4 hari selepas itu, Allahyarhamah telah pergi meninggalkan kami sekeluarga...

Terus terbayang wajah anak-anak, Haiqal & Iman.. Air mata dah jatuh dalam kelas.. Nauzubillah.. Tak tergambar kalau anak-anak saya mengalami kesakitan yang ditanggung oleh Adik Steven.. Tak terdaya saya sebagai ibu andainya berada dalam keadaan ibu bapanya.. 

Alhamdulillah.. seorang rakan kepada ibu bapa Adik Steven telah memperkenalkan produk BIO VELOCITY SLEEPMATE ini.. Dalam masa 2 minggu berselimut dengan BVSM, saraf kaki Adik Steven telah bertindakbalas dan sudah boleh menendang.. 




Selepas sebulan menggunakan BIO VELOCITY SLEEPMATE, dia sudah boleh berjalan tanpa sokongan. Ajaib? Memang ajaib!! Sekarang, Adik Steven sudah pergi ke sekolah tadika dan nenek kepada Adik Steven cakap kepada CDM Kelvin, "Aiya.. itu budak aa.. manyak degil ooo.. Suka lari-lari sana sini".. :)

Subhanallah.. 




Gambar terbaru Adik Steven yang di ambil pada 29.9.2013 semasa Hari Bio Velocity di Wisma MCA. Adik Steven dan ibu bapanya telah dijemput untuk berkongsi dengan 3,000 orang penonton tentang pengalaman mereka menggunakan BIO VELOCITY SLEEPMATE.

Saya pasti ibu bapa Adik Steven tak pernah terbayang yang anak mereka akan selincah ini semasa dia terlantar dahulu... 

Syukur kepada Allah kerana sekarang satu Rawatan Alternatif, yang mana hanya perlu tidur/baring/peluk sahaja dengan BIO VELOCITY SLEEPMATE . Sangat mudah, ringan dan boleh digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. 

Antaranya ialah:



Ok.. setakat itu sajalah entry untuk kali ini.. Jam pun da 4.23am.. Saya nak beradu pula..

Nak share sikit gambar cinta-cinta hati saya yang tengah nyenyak tidur beralas dan berselimutkan  BIO VELOCITY SLEEPMATE..




Assalamualaikum...

Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
019 280 2631
irdaidris82@gmail.com

No comments:

Post a Comment