Friday, 15 November 2013

5 Sebab Kenapa Orang Tak Kaya & Berjaya (Bahagian 2)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..


Seperti yang saya janjikan dalam pos yang lepas, saya akan berkongsi dengan anda semua 5 sebab mengapa orang tak kaya & berjaya..


Jadi, mari kita tengok sebab yang ke 2..


~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~


Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti.


Perbezaannya saya ringkaskan disini:

Aset adalah sesuatu yang masukkan duit ke poket anda.

Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.

Aset : Wang masuk
Liabiliti : Wang keluar


Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka.


Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. 

Rumah, kereta dan harta benda MAHUKAN WANG daripada anda. Ia tidak MEMBERIKAN WANG kepada anda.


Oleh itu, daripada definisi di atas, semuanya itu adalah liabiliti = HUTANG!


Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.


Hanya terdapat satu cara untuk anda BEBAS DARI SEGI KEWANGAN.. dan ianya membawa kita kepada SEBAB yang ke 3. 


Saya akan ceritakan tentang Sebab ke 3 dalam post yang seterusnya..


Jangan lupa teruskan membaca tau!


Terima kasih...


Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
019 280 2631
irdaidris82@gmail.com

No comments:

Post a Comment