Monday, 18 November 2013

5 Sebab Kenapa Orang Tak Kaya & Berjaya (Bahagian 3)

Assalamualaikum & salam sejahtera readers sekalian...

Bersambung dari pos yang lepas.. ie Sebab #2 Kenapa Orang Tak Kaya & Berjaya.. 

So, bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan...

Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya membawa kita kepada...

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~
Sebab #3 : Fokus kepada Pendapatan Aktif daripada Pendapatan Pasif
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~

Salah seorang jutawan yang dikenali oleh Tuan Rahman Basri pernah memberi nasihat kepadanya dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya dan berjaya."

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan anda mendapat bayaran untuk masa sejam yang anda bekerja dan itu sahaja.

Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan dan kejayaan.

Soalan berikutnya mungkin apakah contoh-contoh pekerjaan atau bidang yang boleh menjana pendapatan pasif? Antaranya ialah:

1. Aliran duit masuk dariapada hartanah seperti duit sewa rumah
2. Bonus untuk pelaburan yang anda laburkan.
3. Menjadi penulis buku, lirik atau penggubah lagu dengan mendapat royalti dengan setiap jualan.
4. Menyertai perniagaan network marketing dan membina rangkaian perniagaan anda bersama rakan kongsi


Ok.. tunggu pos seterusnya untuk sebab ke 4 ya.. 

Tungguuuuu..


Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
019 280 2631
irdaidris82@gmail.com

No comments:

Post a Comment