Monday, 23 December 2013

Tips Menjadi Kaya (Bahagian 1)

Assalamualaikum semua.. 

Hari ni saya nak share tips untuk menjadi kaya.. Bukan tips dari saya.. Tapi tips dari Jutawan Internet Malaysia iaitu Irfan Khairi..



 
So, kena la ikut tips-tips ni sebab orang yang dah berjaya sendiri yang bagi kan..

Ada 8 langkah yang anda perlu lakukan.. 


Langkah 1: Mulanya di fikiran



Kekayaan bermula di fikiran. Jikalau anda berfikiran negatif mengenai kekayaan, maka, ia akan menjadi penghalang mental anda. Lepasi penghalang mental tersebut dengan berfikiran positif tentang kekayaan. 

"Duit banyak bukannya boleh bawak ke kubur" merupakan salah satu fikiran negatif yang sering diluahkan. Apa kata anda tukar mindset tersebut kepada, "Duit banyak, nanti lebih banyak amal jariah boleh lakukan, walaupun kita sudah ke kubur!"

Sekiranya anda inginkan kekayaan, langkah pertama anda adalah untuk membuang segala fikiran negatif tentang kekayaan. Tembusi benteng pertama yang menjadi penghalang kepada kekayaan- iaitu fikiran anda sendiri. Fikirkan boleh!

 
Langkah 2: Tetapkan matlamat



Dengan keinginan, anda perlu menetapkan matlamat. Keinginan tanpa matlamat merupakan perbuatan yang sia-sia oleh kerana kita tidak tahu arah hala tuju kita. 

Bayangkan anda menaiki teksi, tetapi tidak mempunyai matlamat destinasi. Silap hari bulan, anda di tendang keluar dari teksi. 

Dengan mempunyai matlamat, dalam konteks ini, destinasi, maka anda akan dapat menetapkan satu jalan untuk mencapai matlamat anda. 

Matlamat bagaikan suatu peta untuk anda sampai ke suatu destinasi. Tanpa peta yang lengkap, anda pasti akan tersasar dari destinasi anda. 

Tetapkan matlamat yang tinggi untuk diri anda, namun, matlamat tersebut perlu logik diterima fikiran. Sebagai contoh, memperolehi RM1 juta dalam masa 2 tahun bunyinya tidak logik- amat jarang sekali diperolehi oleh seseorang (namun tidak mustahil). Namun, memperolehi RM1juta dalam masa 10 tahun adalah suatu yang logik diterima fikiran dan sering dilakukan oleh jutawan-jutawan di Malaysia. 

 
Bagaimanakah caranya? Ikuti langkah-langkah seterusnya dalam entry berikutnya… Tunggu...


Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
0192802631
irdaidris82@gmail.com

No comments:

Post a Comment