Wednesday, 25 December 2013

Tips Menjadi Kaya (Bahagian 2)

Assalamualaikum semua...

Sambungan dari entry lepas..


Tips Menjadi Kaya dari Saudara Irfan Khairi


Langkah 3: Hendak sejuta daya



Matlamat tanpa usaha adalah sia-sia. Matlamat tanpa usaha adalah umpama “Angan-angan Mat Jenin”.

Kekayaan dan kejayaan tidak akan jatuh ke riba kita begitu sahaja. Hendak peroleh wang berjuta? Maka, anda perlu letakkan sejuta usaha untuk merialisasikan impian anda. Tiada jalan pintas dalam mencapai kekayaan - usaha adalah tangga kejayaan.

Dalam memotivasikan diri anda untuk berusaha mencapai matlamat anda, anda perlu memberi komitmen setiap hari dalam mencapai impian anda. Setiap hari, lakukan sesuatu untuk dekatkan anda kepada matlamat anda. Jangan tinggalkan sehari tanpa melakukan sesuatu walaupun usaha tersebut adalah sedikit sahaja.

Perkataan kaizen yang berasal dari Jepun bermaksud improvement sedikit demi sedikit. Dengan sikap kaizen inilah Jepun berjaya menjadi negara maju yang disegani seluruh dunia.


Langkah 4: Pengetahuan



Ilmu pengetahuan merupakan faktor penting dalam membina kekayaan. Tiada jalan pintas dalam memperolehi kekayaan. Dengan pengetahuan yang lengkap dalam sesuatu industri, ini akan memudahkan anda mencapai kekayaan dan kejayaan.

Cara mudah untuk mendalami ilmu industri yang anda kecimpung adalah dengan cara membaca. Tanam sifat rajin membaca. Terdapat berbagai-bagai bahan bacaan di pasaran merangkumi topik-topik tertentu. Dengan mendalami pengetahuan dalam industri anda, anda akan menjadi pakar dalam bidang anda sendiri.

Satu perkara penting dalam mencari ilmu adalah anda tidak perlu reinvent the wheel. Kejayaan telah dicapai dalam semua industri. Apa yang anda perlu lakukan adalah pelajari dari mereka yang telah berjaya. Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya, anda pasti tidak akan tersasar dari mencapai kejayaan juga.



Inilah yang kami amalkan di GLAM. Setiap minggu, CDM-CDM hebat di bawah CDM Hanis Haizi akan berkongsi dengan semua tips-tips dan cara-cara untuk berjaya dalam bisnes ni.. Semua yang berkaitan dengan bisnes akan diajar dari sekecil-kecil perkara seperti apa status yang perlu ditulis dalam Facebook hingga ke sebesar-besar perkara seperti cara-cara untuk meningkatkan rating blog dalam Google Search..




Selain dari itu, kita juga bebas untuk berbincang dengan mentor-mentor tentang apa juga perkara seperti strategi bisnes termasuk masalah yang di hadapi dan cara penyelesaian. Tidak ada jurang atau halangan antara kita dan mentor. Di sinilah cantiknya bisnes Hai-O dia bawah kumpulan GLAM.

Nak tahu apa lagi tips untuk menjadi kaya dan berjaya? Tunggu entry seterusnya.. Terima kasih..


Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
0192802631

Irdaidris82@gmail.com

No comments:

Post a Comment