Wednesday, 29 January 2014

SAYANG ANAK-ANAK KU SAYANG..

Teringat dalam beberapa tahun lepas.. ada seorang bayi lelaki bernama Bakti Arjuna Fitri yang memerlukan pembedahan jantung segera.. tetapi malangnya ibu bapa bayi tersebut mengalami masalah kewangan untuk menampung pembedahan tersebut.

Yang membuatkan hati ini tersentuh ialah apabila rakyat Malaysia bergabung bersama-sama membantu memberikan bantuan kewangan juga doa untuk adik Bakti Arjuna Fitri. Alhamdulillah.. sekarang Adik Arjuna telah sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain..

Hari ini saya browse YouTube dan terjumpa dengan video ini.. Lagu terbaru dari bonda Adik Arjuna iaitu Fynn Jamal. Didedikasi khas untuk anakandanya itu.. Dengarkan...




Sayu hati mendengarkan lagu ini.. Teringat juga pada Allahyarhamah Mama saya yang telah membesarkan dan mendidik saya dan adik-adik.. 

Pastinya lagu ini akan menjadi lagu lullaby untuk si kembar, Haiqal & Iman.. ye.. saya masih menyanyikan lullaby untuk anak-anak saya tidur selepas membaca doa dan ayat-ayat lazim, walaupun tak sekerap masa mereka baby dulu.. heheh..

Ya Allah, moga anak-anak saya akan membesar menjadi orang yang baik budi bahasa, berjaya di dunia dan akhirat juga.. Amin..

Thursday, 9 January 2014

RINDU.. SERINDU-RINDUNYA..

Assalamualaikum semua...

Allahyarhamah Hajjah Awasilahati Kitajriah binti Baharum.. cinta hati saya..

9.1.2009 - 9.1.2014

5 TAHUN..

.. tanpa menatap wajahnya
.. tanpa mendengar getar, jerit dan nada suaranya
.. tanpa 'bergaduh' dengannya
.. tanpa merasa air tangannya
.. tanpa semangat juangnya

Sesungguhnya..
.. aku amat rindu
.. serindu-rindunya

Along sayang Mama..


Ya Allah Ya Tuhanku.. 
Tempatkanlah ibuku di kalangan umatMu yang beriman..
Lapangkanlah kuburnya Ya Allah..
Dan jauhkan dia dari seksa kubur dan nerakaMu..

Amin..


Al-Fatihah..


"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam

Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Yang Menguasai hari pembalasan

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus

Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepaa mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."

Wednesday, 8 January 2014

HAIQAL & IMAN MULA TADIKA

Assalamualaikum semua..

Tahun 2014..

Anak-anak dah masuk tadika..
Mommy nya yang terlebih emosi..
Anak nangis, Mommynya pun rasa cam nak nangis..

Meh tengok ragam Haiqal & Iman masa 2013..







Masa first day masuk tadika tu, Mommy & Papa ikut lah sekali kan.. Anak-anak semua di suruh berkumpul kat satu hall.. ada macam perhimpunan lah kiranya.. Haiqal & Iman main toys yang ada kat hall tu.. 

Lepas tu, mak-mak & ayah-ayah ni di suruh berkumpul di satu bilik lain untuk briefing dengan Principal. Bila anak-anak ni ditinggalkan, dah start menangis.. heheh.. tarik mak ayah masing-masing jangan keluar dari hall perhimpunan tu.. termasuklah si Iman & Haiqal.. tapi Haiqal cool sikit.. Iman yang nangis kuat.. hehehe.. Nak tak nak terpaksa lah juga tinggalkan mereka yang sedang menangis dalam hall tu.. Mommy yang memang benyeh ni pun dah mula sebak dah.. Kuang kuang..







Dalam bilik yang ibu bapa tengah menunggu tu, Principal bagi briefing sikit pasal peraturan sekolah dll.. Dan kami-kami ni disuruh/'dihalau' balik.. heheh.. Yelah.. macam mana lah teacher-teacher tu nak control budak-budak tu kalau mak ayah ada kan.. heheh.. So, lepas briefing, terus cabut balik.. redha & kuatkan semangat je..






Sekarang Alhamdulillah.. dah masuk seminggu dah sekolah.. dan sekarang Haiqal & Iman pun dah seronok nak pegi sekolah.. Yippie!!

Mommy doakan Haiqal & Iman jadi anak yang mendengar kata, bijak dan rajin belajar.. Semoga menjadi anak-anak soleh dan solehah.. InsyaAllah...


Friday, 3 January 2014

PERMULAAN 2014

Alhamdulillah...





2013 dah selamat meninggalkan kita..

2014 InsyaAllah bakal melakar sejarahnya yang tersendiri..





Azam tahun ini mahu menjadi: 

  • Umat yang lebih baik untuk Allah Yang Maha Agung
  • Anak dan kakak yang lebih baik untuk Papa & adik-adik
  • Ibu yang lebih baik untuk anak-anak
  • Isteri yang lebih baik untuk si suami
  • Pemilik yang lebih baik untuk jasad ini.. 
  • Penyumbang lebih baik kepada masyarakat..


InsyaAllah.. 

Hari ni dah masuk muka surat ke 3 daripada 365 muka surat...

Anak-anak pun dah mula merasa alam persekolahan..

Semoga perjalanan tahun ini mendapat rahmat dan redha Allah swt..





"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi Kurnia".

-'Ali Imran Ayat 8

SEJARAH MUNGKIN BERULANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Saya bukan nak nyanyi lagu Newboyz hari ni.. walau pun lagu tu memang antara lagu yang po...