Wednesday, 8 January 2014

HAIQAL & IMAN MULA TADIKA

Assalamualaikum semua..

Tahun 2014..

Anak-anak dah masuk tadika..
Mommy nya yang terlebih emosi..
Anak nangis, Mommynya pun rasa cam nak nangis..

Meh tengok ragam Haiqal & Iman masa 2013..







Masa first day masuk tadika tu, Mommy & Papa ikut lah sekali kan.. Anak-anak semua di suruh berkumpul kat satu hall.. ada macam perhimpunan lah kiranya.. Haiqal & Iman main toys yang ada kat hall tu.. 

Lepas tu, mak-mak & ayah-ayah ni di suruh berkumpul di satu bilik lain untuk briefing dengan Principal. Bila anak-anak ni ditinggalkan, dah start menangis.. heheh.. tarik mak ayah masing-masing jangan keluar dari hall perhimpunan tu.. termasuklah si Iman & Haiqal.. tapi Haiqal cool sikit.. Iman yang nangis kuat.. hehehe.. Nak tak nak terpaksa lah juga tinggalkan mereka yang sedang menangis dalam hall tu.. Mommy yang memang benyeh ni pun dah mula sebak dah.. Kuang kuang..







Dalam bilik yang ibu bapa tengah menunggu tu, Principal bagi briefing sikit pasal peraturan sekolah dll.. Dan kami-kami ni disuruh/'dihalau' balik.. heheh.. Yelah.. macam mana lah teacher-teacher tu nak control budak-budak tu kalau mak ayah ada kan.. heheh.. So, lepas briefing, terus cabut balik.. redha & kuatkan semangat je..






Sekarang Alhamdulillah.. dah masuk seminggu dah sekolah.. dan sekarang Haiqal & Iman pun dah seronok nak pegi sekolah.. Yippie!!

Mommy doakan Haiqal & Iman jadi anak yang mendengar kata, bijak dan rajin belajar.. Semoga menjadi anak-anak soleh dan solehah.. InsyaAllah...


No comments:

Post a Comment