Wednesday, 29 January 2014

SAYANG ANAK-ANAK KU SAYANG..

Teringat dalam beberapa tahun lepas.. ada seorang bayi lelaki bernama Bakti Arjuna Fitri yang memerlukan pembedahan jantung segera.. tetapi malangnya ibu bapa bayi tersebut mengalami masalah kewangan untuk menampung pembedahan tersebut.

Yang membuatkan hati ini tersentuh ialah apabila rakyat Malaysia bergabung bersama-sama membantu memberikan bantuan kewangan juga doa untuk adik Bakti Arjuna Fitri. Alhamdulillah.. sekarang Adik Arjuna telah sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain..

Hari ini saya browse YouTube dan terjumpa dengan video ini.. Lagu terbaru dari bonda Adik Arjuna iaitu Fynn Jamal. Didedikasi khas untuk anakandanya itu.. Dengarkan...




Sayu hati mendengarkan lagu ini.. Teringat juga pada Allahyarhamah Mama saya yang telah membesarkan dan mendidik saya dan adik-adik.. 

Pastinya lagu ini akan menjadi lagu lullaby untuk si kembar, Haiqal & Iman.. ye.. saya masih menyanyikan lullaby untuk anak-anak saya tidur selepas membaca doa dan ayat-ayat lazim, walaupun tak sekerap masa mereka baby dulu.. heheh..

Ya Allah, moga anak-anak saya akan membesar menjadi orang yang baik budi bahasa, berjaya di dunia dan akhirat juga.. Amin..

No comments:

Post a Comment