Monday, 1 December 2014

MAJLIS ULANGTAHUN KE-22 HAI-O MARKETING SB

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Uish rasa cam dah lama tak mengupdate cerita-cerita peribadi..

Dok update pasal produk aje ye tak? 

Azam bulan December 2014 ni nak mengaktifkan diri semula bercerita tentang kami sekeluarga.. Ye la.. nak jadikan blog ni macam diari.. Supaya satu hari nanti, anak-anak ie Haiqal & Iman boleh baca balik blog ni dan ingat semula kisah-kisah kami sekeluarga..

Ok.. kita start dengan bercerita tentang event company yaa...

Pada 8 November 2014 telah berlangsung dengan gilang gemilang sambutan Majlis Ulangtahun ke-22 untuk Hai-O Marketing Sdn. Bhd.

Dah 22 tahun tau sayang2.. kalau anak dara 22 tahun dah boleh dah orang masuk meminang.. sebab dah matang kan.. tak banyak company dapat bertahan selama 22 tahun, so choose your company wisely ya sayang2..


Kami all ready untuk ke MUT 22.. 



Kalau masa Diamond Night setiap tahun, mereka-mereka yang bergelar Diamonds ie Diamond Sales Manager, Double Diamond Manager & pemenang Tabung Kereta pada tahun tersebut akan diraikan, pada Majlis Ulangtahun Syarikat pula, CDM-CDM yang telah mencapai pangkat tertinggi dalam Hai-O pula akan diraikan.




Pada tahun 2014, seramai 32 orang CDM 2014 telah diraikan. Seronok tau tengok mereka diraikan dengan gilang gemilang.. Majlis pun dah macam Award Show.. setaraf la dengan AIM ke, Anugerah Bintang Popular ke.. serious saya cakap.. Kalau artis pakai cantik2 baju designer tu semua sponsor ok.. tapi kat MUT ni memang usahawan2 Hai-O guna duit poket sendiri tau.. tak de sponsor2..

Ok.. meh kita cerita ikut flow majlis..

Sebelum majlis start, kami dari Professional Intelligent Network (PIN) team berkumpul dulu sama-sama. Memang tak sah kalau masa event tak ambil2 gambar sama2.. hehehe..

 
Founder PIN - CDM Mursyida Mohsin & Bakal CDM Azizul Razman.. Walaupun sedang pregnant 8 bulan lebih sanggup juga hadir bersama-sama rakan2 kongsi.. kagum dengan semangat CDM Syida..

Bersama Mommy Syida tersayang.. muah2 


Group Picture PIN

Lagi.. sopan punye gambar..


Free style pula.. heheh.. 

Lepas tu masing-masing masuk hall sambil menunggu ketibaan VVIP. 



Bukan calang-calang orang tau yang merasmikan majlis ni. Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hasan Malek, Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK). Dari dulu memang Hai-O mempunyai hubungan yang amat baik dengan KPDNKK. Sentiasa berusaha untuk mencapai tahap setara dengan peraturan dan standard yang diberikan KPDNKK. Sebab tu Hai-O pernah menerima anugerah Syarikat Beretika, Anugerah CSR dll daripada KPDNKK.




Bak kata YB Dato’ Seri, Hai O adalah antara 10 syarikat terbaik daripada 414 buah Syarikat Jualan Langsung & Anti Pyramid Scheme yang berdaftar di KPDNKK & sekarang Industri Jualan Langsung merupakan satu industri yang berkembang di Malaysia dan salah satu penyumbang besar kepada pendapatan kasar Negara.





YB Dato’ Seri juga berkata masa depan industri jualan langsung adalah cerah dan kini diceburi oleh ramai generasi muda dan golongan berpendapatan tinggi. Sektor jualan langsung juga tidak ketinggalan menggunapakai teknologi terkini sehingga ramai usahawan yang melakukannya secara sepenuh masa dan Berjaya menjana pendapatan lumayan serta memilihnya sebagai kerja kerana potensinya yang besar.

So apa lagi kawan-kawan? Kalau Menteri pun dah endorsed, janganlah takut2 ya untuk start bisnes ni.. Confirm tak menyesal punya...

Masuk surat khabar you alls.. heheh.. happening kan..


Ok, semasa MUT ni ada 2 usahawan Hai-O yang dah lama berkecimpung dan sudah berjaya dan bergelar jutawan telah berkongsi pengalaman mereka sepanjang berbisnes.




Speaker pertama ialah CDM Siti Atkah. Ini nota yang saya dapat masa dengar beliau berucap.. perghh memang terbakar..


Perkongsian dari CDM Siti Atkah

Stop thinking.. start living..
Stop living.. start doing.. 
Rebut peluang..
No limit income..
Uncommon freedom..
Peluang di luar jangka kita..

The secret of getting ahead is getting started..
Buat aje.. Buat betul2..
Terus menggigit dengan etika..
Alang-alang berniaga biar betul2 berjaya & kaya..

Berapi berapi terbakar..
Rugi siapa tak dengar.. Pergh memang rentung.. meremang bulu roma..

Boleh boleh!!


Speaker kedua pula ialah CDM Hamisah Alias. Bonda kami di HBO team..


Perkongsian dari CDM Hamisah Alias:


Walaupun beliau tak suka dengan bisnes MLM kerana dimomok dengan pelbagai perkara negatif, Kak Misah tetap mengambil langkah pertama sebab hidup masa tu memang mengira gaji.. habis bulan habis gaji.. beliau rasa perlu melakukan sesuatu untuk keluar dari kepompong kesusahan..

Kita perlu melakukan sesuatu walaupun kita tak suka jika kita nak menjadi lebih baik..

Falsafah 5 jari:
Jari kita tak sama.. sama seperti diri kita.. jadi perlu bersatu dan simbiosis. Yang hebat, perlu membantu yang kurang hebat.. yang kurang hebat, dekatkan diri dengan yang hebat, InsyaAllah kita akan jadi hebat juga satu hari nanti..

Terima kasih Kak Misah atas perkongsian hebat. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang.



Selain daripada perkongsian hebat dari 2 speaker jutawan, kami juga memang tak sabar nak tengok show daripada Ratu Jazz Malaysia iaitu Dato' Sheila Majid..




Bestnya dia nyanyi.. Ada lagu Sinaran, Lagenda & few other songs.. Kitorang pun nyanyi ramai-ramai.. hehehe

Apa lagi highlights of the day ya??



Semasa MUT 22 ni, Hai-O telah menyediakan pelbagai hadiah cabutan bertuah. 

Main pricenya ialah jongkong emas bernilai RM25,000, Sijil Simpanan Premium RM15,000 dan juga tiket ke Austria & Hungary bernilai RM8,000.


Alhamdulillah.. yours truly dapat 1 hadiah cabutan bertuah.. 

Tak dapat jongkon emas RM25,000, dapat Bio Aura RM2,000 pun jadilah kan.. hehehe..

Rezeki hari tu dapat cabutan bertuah.. 

Itu ajelah cerita sepanjang MUT ke 22.. Seronok dapat spend time dengan semua rakan-rakan kongsi.. sambil tu dapat menaikkan semangat dan aura juga sebab tak sabar nak jadi CDM.. InsyaAllah mana tahu rezeki 2015 dapat naik pentas MUT 23 sebagai seorang CDM pulak kan.. Amin amin...

Ooppss lupa pulak..




Susah sangat nak dapat gambar berdua dengan Encik Abang sorang ni.. terpaksalah crop cenggini aje..

Terima kasih ya Cinta Hati saya, Mohamad Hairil sebab teman saya masa MUT aritu..

Terima kasih juga sebab support saya selama ni.. Moga makin bertambah2 support ya lepas ni sayang..

I love you lahh!! 



 Ok.. next story kita cerita pasal PIN NEO 2014 ya.. Stay tune...


Yours truly,

Irda Adillasafwati Idris
0192802631
irdaidris82@gmail.com

1 comment:

  1. okei sangattttt dapat lucky draw..worth 2k punya adiah tuuuuuu....

    ReplyDelete