Wednesday, 6 May 2015

SEBUTIR PERMATA BERKILAUAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..

Hari ni nak cerita tentang majlis syarikat, Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) yang berlangsung pada 18 April 2015 (Sabtu).

Diamond Night ini adalah sambutan gilang gemilang untuk para usahawan SHOM yang telah berjaya mencapai jumlah jualan sebanyak RM180,000 dengan pangkat Diamond Sales Manager (DSM) dan juga RM720,000 dengan pangkat Double Diamond Manager (DDM). Selain itu penerima-penerima Tabung Kereta juga diraikan di dalam majlis ini.

Alhamdulillah, tahun ni saya adalah antara yang diraikan. Dan dalam kumpulan kami, Professional Intelligent Network (PIN) seramai 4 orang telah mengambil award. 3 orang DSM & seorang DDM. Tahniah pada PIN! InsyaAllah lebih ramai lagi akan naik pentas tahun depan ya!

Ok.. jom kita tengok gambar-gambar sepanjang hari tu.. 

Baru lepas bersiap-siap.. Terima kasih kepada kak Riza Kay untuk make up yang marvellous & Affiq Ar-Rahman untuk dress yang membuatkan badan ku nampak slim di situ.. heheh..


Majlis gilang gemilang tahun ni di buat di Setia City Convention Centre (SCCC). Saya suka sangat SCCC ni sebab tempat dia sangat selesa dan cantik untuk tangkap gambar. 

Memang dah jadi nature kami masa event-event macam ni lah nak posing2.. seronok bila dah ramai-ramai ni kan.. jadi sawan kamera..

Selalunya yang jadi fotografer nya ialah husband-husband sebab isteri-isteri sebok nak bergambar. Tapi fotografer 'rasmi' kitorang tentunya Bakal CDM Azizul Razman. Terima kasih Zul untuk gambar-gambar yang cantik-cantik.. Kalau Zul takde, tak bergambar lah kami semua..


My one and only Mommy in business.. CDM Mursyida Mohsin @ Cik Cida bersama Papa PIN kami, Azizul Razman. Baru berusia 30 tahun tapi banyak perubahan yang mereka alami sejak berbisnes. Baru 4 tahun berbisnes.. bukan jangka masa yang lama. I love you to the moon and back.. Thank you for being there through ups and downs..

Kami-kami yang sampai awal.. Memang selalu kitorang akan plan satu team untuk datang awal. Bila awal dewan kosong lagi.. so ada chance nak tangkap gambar tanpa sesak padat dengan orang.


Antara beberapa gambar yang Encik suami sempat snap sebelum kamera kami buat hal.. memang nak kena ganti kamera baru lah nampaknya..


Saya, Syelda Sharom & Cik Cida. Terima kasih pada Syelda yang sanggup turun dari Johor Bahru untuk sama-sama meraikan Diamonds dalam PIN. I love you so much dear Partner..

Haaa.. nampak tak.. kan dah cakap yang kami-kami ni memang suka posing.. cantik kan view kat belakang tu..


Lagi posing dengan PIN Family. Kami semua dari latar belakang yang berbeza. Ada suri rumah, ada polis, ada engineer, ada cikgu, ada accountant & macam-macam lagi. Tapi dalam bisnes ni, itu semua tak penting. Kami sama-sama belajar dan support satu sama lain. Itu istimewanya kami di PIN.

Lagi dari kami..


Tak cukup quorum lagi.. Ramai yang datang dari luar KL/Selangor. Ada dari Sarawak, dari Kelantan, Perak, Kedah, Johor dll. Tahniah pada PIN Family yang menghadirkan diri


Tepat jam 8 malam, majlis bermula dengan kehadiran VVIP diiringi para Crown Diamond Managers. Lebih 300 CDMs di dalam SHOM. CDM ni adalah pangkat tertinggi. Kalau mereka boleh capai, kita pun boleh ye tak?  Yang paling best, takde quota atau limit untuk pangkat CDM ni. Bukan macam kat office, ada seorang sahaja CEO atau pun General Manager kan. Dalam bisnes ni, semua orang layak untuk dapat pangkat CDM. Yang penting usaha usaha dan usaha hingga berjaya.


Selesai acara perasmian dan ucapan, apa lagi kan.. saat yang ditunggu-tunggu.. heheh. mestilah DINNER.. Not bad menu kali ni.. makanan pun sedap boleh tahan..


Jeng jeng jeng.. sedap hingga menjilat sudu & garfu..

Kami yang dah lapar..

Table mates yang sporting, havoc & happening!!


Kali ni, PIN Family tapau 4 meja terus.. InsyaAllah tahun depan makin bertambah-tambah meja yang akan dikaut oleh PIN Family ya.. Saya nak target 2 meja pulak untuk saya & partners.. InsyaAllah..

Selesai makan, sampai masa untuk Penganugerahan Double Diamond Manager. Tahniah pada Wirdanis atas pencapaian beliau. Danis ni muda lagi.. baru 26 tahun.. anak 2 orang yang kecil sekali baru 4 bulan. Walau pun tengah sarat & dalam pantang, business tetap kencang. Saya salute sangat dengan Danis.


Lepas Penganugerahan DDM, giliran kami Diamond Sales Manager pula untuk naik pentas.

Muka excited plus nervous.. Syukur sangat..


Alhamdulillah.. naik setangga lagi dalam bisnes ni. InsyaAllah banyak lagi nak di capai. Impian saya supaya ada rakan-rakan kongsi yang dapat naik pentas yang sama tahun depan. Niat saya dalam bisnes ni untuk sama-sama bantu orang lain untuk tingkatkan kesihatan dan juga ekonomi mereka. Bila mereka berjaya, saya juga di kira berjaya. InsyaAllah..



Tahniah pada DSM Che Norashida.


Tahniah juga pada Cik Adik Buyung ni.. DSM Norhayati.. 


Kami PIN Achievers bergambar bersama-sama Mommy Cik Cida.


Lepas Award Ceremony kita bergambar lagi, lagi dan lagi dengan semua PIN Family.

Penting untuk berada di bawah kumpulan yang betul. Kami tak kenal pun antara satu sama lain. Bisnes ni yang merapatkan kami. 

Kami bukan serius je dalam bisnes ni. Waktu serius ada, waktu main pun ada. I love you all PIN Family.. Best sangat sebab semua sporting & fun..

Alhamdulillah, kami boleh bergantung pada satu sama lain. Semoga ukhwah antara kami berkekalan selamanya.










Kami semua Usahawan Premium Beautiful yang berjaya. Come and join us!! Confirm tak menyesal punya!


Thank you Cik Cida for the flowers.. 
Dapat sijil penghargaan & Diamond Pin juga daripada SHOM.



Last but not least.. nak ucapkan berbanyak terima kasih pada tulang belakang saya, Encik Mohamad Hairil Mahat & juga keluarga saya atas segala sokongan & bantuan. I love you all so much..


Mehh nak muah ciked.. Terima kasih daun keladi..


Alhamdulillah.. banyak lagi nak di capai.. yang penting jalan terus.. buat aje.. memang banyak halangan & dugaan.. tapi rempuh aje.. InsyaAllah hasilnya sangat manis.

Alright, itu sahaja untuk entry Diamond Night ni.. banyak sangat lagi nak di update.. Stay tune ok..

No comments:

Post a Comment