Tuesday, 29 December 2015

Extra Side Income: Keperluan atau Kehendak?

Assalamualaikum semua..

Sekarang ni viral dah tentang isu #2kerja seperti yang disarankan oleh Pak Menteri kita, YB Ahmad Maslan.




So, kenapa hangat sangat isu ni? 

Ramai yang marah bila Pak Menteri yang dulu nya dok kata perlaksanaan GST tidak akan meningkatkan kos sara hidup rakyat, sekarang dia pula yang suruh rakyat melakukan 2 kerja untuk menampung kos kehidupan. 

Nak dikatakan sekarang ni memang ramai yang dah buat pun 2 kerja. Kerja hakiki dan kerja part time. Contohnya siang kerja di office makan gaji seperti biasa dan selepas masa pejabat, ada yang buat online business, ada juga yang berniaga di warung burger atau pun tak kurang juga ada yang buat kelas tuisyen di malam hari. Ada yang dah jadi KEPERLUAN untuk ada side income untuk tampung kos sara hidup keluarga. Dan ada yang buat 2 kerja untuk memuaskan KEHENDAK mereka sahaja.

Tapi masih ramai yang takde kesedaran tersebut mungkin ramai yang masih rasa cukup gaji hakiki untuk menyara kehidupan harian mereka. Atau pada saya mungkin dalam kepala mereka yang mereka rasa cukup tapi hidup mereka tak seselesa mana pun.. Mungkin mereka takde keperluan untuk buat side income bila mana ramai yang terpaksa kerana mereka perlu pendapatan kedua tersebut.. 

Tepuk dada tanya selera.. 

Nah.. hari ni saya nak kongsikan sikit tulisan dari seorang sahabat, CDM Azizul Razman yang dah mula membuat 2 kerja bersama isterinya CDM Mursyida Mohsin lebih dari 5 tahun dahulu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Antara KEHENDAK atau KEPERLUAN
-------------------------------------

**Cerita sebenar dan benar..

Heboh dekat wall FB bila Awani mengetengahkan isu '2 kerja'.. masing-masing ada pendapat dan kefahaman sendiri.

Bukan perkara yang baru dan bukan sesuatu yang pelik bila ada dikalangan kita melakukan lebih dari satu kerja hari ini. Cuma persoalannya adakah extra kerja yang dilakukan itu satu kehendak (suka-suka) atau keperluan (wajib)?

**

Masih ingat lagi masa tahun 2010. Masa tu kami masih baru-baru nak kenal kehidupan. Seronok bila bekerja masuk opis hari2, hujung bulan dapat gaji.. 

RM2,000 (belum tolak apa2 lagi). Tu gaji kami masa tu. Banyak giler rasa bila setiap bulan masuk jumlah tu dalam bank. Maklumlah baru-baru nak hidup takda apa-apa komitmen. Just untuk makan pakai sendiri je. Takda nak sara org lain. Memang cukup dgn pendapatan banyak tu.

Tapi kami masih ingat walau pun masa tu duit Alhamdulillah cukup (konon nya dah rasa besar) kami masih mencari peluang utk buat 'pendapatan sampingan'. Macam-macam kami cuba dari jual baju, tudung, minyak wangi hinggalah masuk skim-skim yang entah apa-apa.. (haha kelakar pula bila ingat masa tu) 

Kenapa nak extra income. Kata gaji dah cukup?

Jawapan dia sebab kami nak penuhi 'KEHENDAK' kami. Masa tu berangan nak pakai kereta, nak beli rumah, nak pergi melancong, nak shopping banyak-banyak dan lain-lain lagi. Maksudnya keperluan harian kami memang cukup untuk makan pakai tapi kalau nak rasa lebih, kami cari jalan buat income extra..

Tapi itu dulu.. cerita kami 5 tahun dahulu..

Berbalik pada situasi hari ini. Kalau pendapatan kami masih sama, mungkin banyak yang kami terpaksa korbankan untuk kehidupan hari ini. Bukan tak boleh hidup, tapi ada benda yang perlu dikorbankan atau dikurangkan termasuklah impian untuk memenuhi KEHENDAK kami.

Bila tengok rakan-rakan sekeliling yang melakukan lebih dari satu kerja hari ini, terdetik persoalan adakah mereka melakukan extra kerja utk menampung 'KEHENDAK' mereka atau dah masuk ke fasa untuk menampung KEPERLUAN?

Apa maksudnya? Bila kita bercakap tentang menampung keperluan, ia adalah satu perbelanjaan yang 'wajib' dan perlu dibelanjakan setiap bulan. Kalau kita tak penuhi, mungkin akan mengganggu sistem kehidupan normal kita dan keluarga. Sebagai contoh makanan, rumah, pengangkutan, sekolah dll.

TAKUT bila situasi sesetengah dari kita terpaksa melakukan lebih dari satu kerja sebab 'gaji' bulanan tak cukup untuk tampung keperluan asas keluarga. Dgn kata lain 'terpaksa' buat lebih dari satu kerja untuk HIDUP.

Syukur bila sebahagian dari kita masih lagi mampu berfikir dan berusaha untuk mencari jalan untuk melengkapkan keperluan diri dan keluarga dan tidak hanya mengharap sesuatu yang tetap sahaja setiap bulan (walaupun yang gaji tetap dah negatif setiap hujung bulan).

Tapi masih ramai yang masih berasa selesa untuk kekal dgn rutin harian tanpa mencari jalan penyelesaian walaupun perbelanjaan keperluan dh berada di tahap bahaya. Tak risau ke satu hari nanti kita tak mampu nak bercakap tentang 'kehendak' bila 'keperluan' kita pun masih tak cukup.

**

Kesimpulannya tak perlu terlalu ego dan sombong untuk tidak melakukan kerja extra atau mencari peluang menambahkan income jika 'keperluan' kita dan keluarga berada di tahap yang membimbangkan setiap bulan. 

Tak perlu bercakap tentang 'kehendak' lagi sekarang sekiranya kita masih 'malas' dan tak melakukan apa yang perlu utk melengkapkan keperluan kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini adalah sekadar perkongsian untuk kita fikir-fikirkan bersama. 

Di mana tahap keperluan dan kehendak kita.. 😊

Yours truly,
0192802631

ps: Jom bersama kami sebagai PIN Wellness Consultants.. Hello saya untuk info lanjut tau!

No comments:

Post a Comment