Thursday, 28 December 2017

SEJARAH MUNGKIN BERULANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Saya bukan nak nyanyi lagu Newboyz hari ni.. walau pun lagu tu memang antara lagu yang popular dan dak dak zaman tu memang hafal punya lah.. eleh.. jangan tak ngaku ok!

Hari ni 28 December 2017 - 3 hari sahaja lagi untuk melangkah ke tahun baru 2018.

Soalan cliche yang selalu di tanya, dah tercapai ke semua impian kita untuk tahun 2017? Hehe.. tak perlu jawab. Jawab dalam hati sendiri je. Hanya kita yang tahu apa impian dan pencapaian kita :)

Hari ni saya nak bercerita tentang satu peristiwa yang saya anggap penting dalam 2017.

G8 UNITY telah secara rasminya dilancarkan pada 24 December 2017.

Apa tu G8 Unity?

Sebelum kita kupas lagi tentang G8 UNITY, saya nak bawa pembaca semua ke permulaan bisnes seorang wanita bernama Hanis Haizi.


Saya bersama mentor-mentor tersayang, CDM Hanis Haizi & CDM Mursyida Mohsin


Pada tahun 2009, seorang ibu beranak 1, surirumah berusia 25 tahun memulakan bisnes Premium Beautiful Corset pada asalnya hanya untuk dapatkan income 2-3 ribu ringgit sahaja sebulan. Bermula hanya seorang, kemudian berdua, bertiga dan lama kelamaan, network beliau melebarkan sayap bukan sahaja ke Sabah Sarawak, tapi juga ke luar Malaysia. 


Beliau telah mencetuskan sejarah apabila menjadi yang pertama menggunakan social media pada ketika itu untuk memasarkan Premium Beautiful, dikenali sebagai NO. 1 ONLINE PIONEER for Premium Beautiful and MLM business. 

Selepas setahun, terciptalah  Green Leaders Group  bersama-sama dengan beberapa orang CDM di bawah pimpinan beliau dan pada tahun 2012, Green Leaders Academy Malaysia yang juga dikenali sebagai GLAM telah ditubuhkan. GLAM menjadi tumpuan dan juga rujukan kepada kumpulan lain di dalam Sahajidah Hai O dalam berbisnes menggunakan social media. GLAM juga telah membentuk satu fenomena baru pada ketika itu dan telah merevolusikan teknik perniagaan MLM daripada cara lama ke satu tahap yang lebih professional. 


Kenapa lebih professional? Kerana kami menggunakan social media untuk berkongsi tentang produk dan juga tentang bisnes. Bila ada yang berminat nak tahu tentang bisnes/produk, kami akan jumpa orang tu based on appointment. Maknanya bukan main terjah-terjah, ketuk-ketuk pintu rumah orang malam-malam buta ya.. 

Daripada hanya nak income RM 2-3 ribu sebulan, Hanis terpaksa terima income RM5-6 angka sebulan! Bukan beliau sahaja yang dapat merasa income besar, tapi barisan pemimpin di bawah pimpinan beliau juga turut merasa income gemok-gemok setiap bulan! Itu barulah kita panggil seorang PEMIMPIN. Untuk berjaya dalam bisnes ni, kita perlu jayakan orang lain juga. Dan itu yang telah dilakukan oleh CDM-CDM hebat kita.

Semua tahu kan yang setiap tahun Sahajidah Hai O menawarkan 2 kali peluang melancong ke luar negara secara percuma untuk usahawan-usahawan yang dapat mencapai target jualan minimum yang ditetapkan. Haa meh saya cerita sikit tentang pencapaian GLAM.


Pada tahun 2011 - GLAM telah berjaya membawa 2 bas ke Hong Kong. 

Satu pencapaian yang sangat hebat untuk satu kumpulan yang baru seperti GLAM.

2012 - 3 bas ke Vietnam & 5 bas ke Guangzhou 

2013 - 3 bas ke London & Paris 

dan rekod tertinggi adalah 7 bas ke Korea - hampir 2 flight tau! 

Seronok kan bila korang pergi melancong dalam kapal terbang tu semua kawan-kawan korang je! Semua GLAMPreneurs! Memang satu fenomena! 

*Pada yang tak tau, masa melancong kami akan dibahagikan kepada bas pelancongan, transport semasa melancong. Satu bas muat dalam 30-40 orang. So imagine kalau 7 bas tu lebih kurang 280 orang GLAMPreneurs. Best kan?

GLAM juga telah melahirkan bukan 10, bukan 20 tapi hampir 50 orang CDM sepanjang penubuhannya. Satu track record yang sangat membanggakan! Hebat kan hasil canaian CDM-CDM Senior GLAM ni?

Fenomena GLAM yang sangat besar ini di akui sendiri oleh Sahajidah Hai O di mana GLAM memang boleh dikatakan sebagai anak emas syarikat kerana GLAM adalah penyumbang terbesar sales setiap bulan.

Siapa boleh teka berapa total sales GLAM dalam 5 tahun? 

GLAM telah menyumbangkan sales lebih 100 JUTA RINGGIT! Bukan sejuta tau! RM SERATUS JUTA! Berapa banyak 0 dalam 100 juta tu? 

Huish memang fenomena sungguh uollz.. 

Oklah.. saya story tu je dulu pasal GLAM. Next post saya sambung lagi sejarah GLAM ni.. 

Sebelum tu, meh tengok Montaj di dulu untuk korang tengok sendiri fenomena yang pernah melanda.

Enjoy the video. Pasang sound kuat-kuat tau masa dengar :)






First time saya tengok montaj ni, meremang satu badan. I can feel it. I know in 2018, our wave will hit strong. Trust me, trust us.. 





SEJARAH MUNGKIN BERULANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Saya bukan nak nyanyi lagu Newboyz hari ni.. walau pun lagu tu memang antara lagu yang po...